21
Sab, Jul

Hospital Miri Cari Ahli Keluarga Pavin Blossom @ Ana

Sarawak
Typography

KUCHING – Hospital Miri menyeru ahli keluarga/ waris kepada seorang pesakit wanita, Pavin Blossom @ Ana yang berketurunan Iban (gambar seperti dalam lampiran) untuk tampil ke Hospital Miri dengan kadar segera.

Menurut maklumat yang diterima daripada Hospital Miri, pesakit kini masih dirawat di Wad Perubatan Am Perempuan (Wad 4), Hospital Miri.

Orang ramai juga diseru untuk memaklumkan ahli keluarga/ waris pesakit tersebut untuk datang ke wad seperti yang dinyatakan atau menghubungi Pegawai Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Rita Fazlin Awang di talian 085-420 033 sambungan 241