23
Sel, Okt

SABATI Terima Sumbangan Van Jenazah Bagi Surau Darul Hana, Kampung Kuala Lama, Mukah

Sarawak
Typography

KUCHING - Pengerusi Persatuan Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Datin Patinggi Dato Hajah Juma’ani Tunku Haji Bujang (SABATI) pada Khamis lepas telah menerima sumbangan sebuah van jenazah yang akan diserahkan kepada Surau Darul Hana, Kampung Kuala Lama, Mukah.

Van tersebut merupakan sumbangan beberapa individu penderma khas yang prihatin akan permasalahan yang dialami oleh penduduk Kampung Kuala Lama Mukah, seperti masalah membawa pulang jenazah dari hospital ke kampung atau pun apabila membawa jenazah ke tempat perkuburan. 

Hadiah Rahmah Hamzah, Connie Ahamad Shah dan Carol Ibrahim mewakili penderma khas tersebut secara simbolik menyerahkan kunci van kepada Juma’ani di perkarangan Wisma Sultan Tengah petang tadi.

Menurut Juma’ani, dengan adanya van ini nanti, ianya bukan sahaja bertujuan untuk pengurusan jenazah malah boleh digunakan untuk tujuan lain seperti pengangkutan serta semasa berlakunya kecemasan.

“Walaupun van ini nanti menjadi hak milik surau Darul Hana tetapi ianya boleh juga digunapakai oleh mana-mana pihak yang memerlukan pengangkutan di sekitar Bandar Mukah terutamanya penduduk di Kampung Kuala Lama Mukah” tambah Juma’ani lagi.

Turut hadir Timbalan Pengerusi SABATI Dato Hajah Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Datin Dr Zaleha Abdullah selaku Setiausaha Kehormat SABATI, Bendahari kehormat SABATI, Puan Siti Shorgayah Zaiden, isteri Speaker DUN, Dato Hajah Fatimah Haji Mohd Iskandar serta ahli Exco SABATI yang lain.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.