24
Kha, Mei

Julaihi, Annuar Rapaee, Dr Abdul Rahman Dan Karim Hamzah Dipilih Naib Presiden PBB Sayap Bumiputera

Sarawak
Typography

KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi, ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah diumumkan sebagai Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak bagi Sayap Bumiputera bagi penggal 2017-2020 akan datang.

Selain mereka berempat, turut bersaing bagi pertandingan tersebut adalah ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh dan ADUN Jepak Datuk Talip Zulpilip.

Kemenangan keempat-empat mereka itu telah diumumkan selepas selesai sesi pengiraan undi sebaik sahaja sesi pengundian oleh para perwakilan yang berlangsung pada petang tadi bersempena dengan Perhimpunan Agung Parti PBB Sarawak Ke 14 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Dalam undian tersebut, Julaihi berjaya memperoleh 770 undi, diikuti Dr. Annuar Rapaee 764 undi, Dr. Abdul Rahman Junaidi 719 undi dan Abdul Karim Rahman Hamzah mendapat 698 undi.

Manakala tiga, lagi calon yang turut bertanding iaitu Dr. Abdul Rahman Ismail berjaya memperoleh 585 undi, diikuti Len Talif Salleh 481 undi dan yang terakhir Talib Zulpilip 329 undi.