18
Ahd, Nov

Suami Kelar Isteri Dipercayai Cemburu

Sarawak
Typography

BELAGA - Dipercayai dibunuh suaminya, seorang isteri telah ditemui mati dibunuh di Rumah Panjang Uma Balui Ukap, Sungai Asap di sini, malam semalam.

Menurut sumber, kejadian hanya disedari jiran pasangan itu yang terkejut selepas melihat mayat terbaring berlumuran darah di dapur rumah itu kira-kira jam 9.10 malam.

Selepas terkejut melihat mayat yang berlumuran darah, jiranya itu telah menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai cemburu lalu bertindak mengelar leher isterinya menggunakan senjata tajam.

"Suspek kemudiannya cuba membunuh diri dengan mengelar leher sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya lagi, ketika polis tiba di rumah itu, isteri suspek ditemui sudah meninggal dunia manakala suspek pula dijumpai dalam keadaan separuh sedar.

"Mereka kemudiannya dibawa ke klinik Sungai Asap sebelum dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Kes berkenaan masih dalam siasatan polis bagi mengenal pasti punca kejadian.