24
Kha, Mei

Kempen "Hentikan Penggunaan Beg Plastik" Gunakan Eko Beg Terus Diperluas

Sarawak
Typography

KUCHING - Sejajar dengan seruan kerajaan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat awam tentang kesan buruk plastik kepada alam semesta,kempen "Hentikan Penggunaan Beg Plastik" Gunakan Eko Beg terus diperluaskan dan disambut baik oleh pelbagai pihak di negeri ini.

Justeru itu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak melalui kerjasama Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) telah mengambil inisiatif mengadakan Kempen "Hentikan Penggunaan Beg Plastik" Gunakan Eko Beg di Pasaraya Emart Matang semalam.

Penolong Setiausaha, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr. Asmah Othman berkata, program tersebut merupakan salah satu program Smart Komuniti kementerian mereka dengan pihak media termasuklah turut mendapat kerjasama daripada Majlis Pembandaran Padawan dan Emart Reality (Kuching) Sdn Bhd.

Ujarnya, dengan menjalin kerjasama bersama pihak media, program ini akan berperanan atau bertindak sebagai "Publicity Agent bersama pihak Kementerian untuk mempromosi dan mengalakkan komuniti setempat supaya mengelak penggunaan  beg plastik sekali pakai dan mengamalkan gaya hidup yang menyayangi alam sekitar.

"Kempen hari ini adalah susulan ’Kempen Jangan Mengunakan Beg Plastik' yang telah dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di pasaraya EMart Batu Kawa pada Feb 9 Iepas. 

"Jadi kempen kita pada hari ini  kita akan berterusan bukan hanya di Kuching tapi bahagian - bahagian lain di Sarawak untuk mengalakkan orang awam untuk tidak mengunakan beg plastik tetapi mengunakan eko beg ini kerana kita tidak boleh memberhentikan orang ramai mengunakan beg plastik secara serta merta kerana pengunaan beg plastik sudah menjadi budaya orang ramai ketika membeli belah di negeri ini.

"Selain itu , ianya juga berikutan pasaraya tempatan juga memberikan beg itu secara percuma kepada pelanggan mereka bagi membawa barangan dibeli," katanya semasa ditemui pada program agihan kira - kira 300 unit Eko Beg kepada para pengunjung Pasaraya Emart semalam.

Mengulas lanjut mengenai Eko Beg tersebut ianya diperbuat dari sepanduk atau 'flshtail' terpakai yang telah dikumpul  dari pihak berkuasa tempatan dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan iaitu Majlis Perbandaran Padawan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Majlis Daerah Serian dan Majlis Daerah Lundu. 

"Bahan terpakai itu kemudian diberikan kepada ibu tunggal dan peserta program e-Kasih dan kemudiannya mereka akan menghasilkan eko beg dari bahan tersebut dan kemudian dibeli oleh kementerian bagi diberikan secara percuma kepada orang ramai melalui kempen seperti ini," ujarnya lagi. 

Kempen tersebut yang  bermula pada jam 11 pagi sehingga 1 tengahari telah disertai kira - kira 30 orang  warga media, kakitangan pasaraya Emart Matang dan kementerian sendiri dan turut  hadir adalah Presiden KDJA Jacqueline David Impi.