22
Kha, Feb

SABATI Kunjungi Pusat Jantung Samarahan Dan HUS Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Sarawak
Typography

KUCHING - Ahli-ahli Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) pada semalam  telah melawat pesakit di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak, Samarahan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam kunjungan tersebut, rombongan SABATI telah menyampaikan sumbangan berupa buah limau mandarin serta ang pau kepada 110 orang pesakit.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Isteri Ketua Menteri selaku Presiden SABATI Datin Patinggi Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Kunjungan diteruskan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada sebelah petang dengan menyerahkan sumbangan yang sama kepada 45 orang pesakit kanak-kanak kanser di Wad Kanser Kanak-kanak serta 120 orang kepada pesakit yang baru melahirkan anak di Wad Bersalin, HUS.

Turut hadir sama ialah Timbalan Presiden SABATI Datin Amar Doreen Mayang, Setiausaha Kehormat SABATI Datin Dr Zaliha Christine Abdullah, Pengarah Pusat Jantung HUS Samarahan Dr Mohd Asri Riffin, Timbalan Pengarah Perubatan HUS Dr Hayati Jaafar dan Timbalan Pengarah Klinikal HUS Dr Norinawati Abang Daud.