26
Sab, Mei

Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Lord Cranbrook

Sarawak
Typography

KUCHING -  Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Mantan Penasihat Teknikal Muzium Sarawak, Lord Cranbrook, Dato Sri Gathorne di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini semalam.

Dalam perjumpaan ini, Lord Cranbrook yang juga Sukarela dan Kurator Kehormat Muzium Sarawak (mamalia) sejak tahun 1960, turut memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai aktiviti-aktiviti yang sedang giat dijalankan bersama Muzium Sarawak.

 

Turut hadir Penasihat Persekutuan Pelancongan Sarawak, Dato Lim Kian Hock dan Mantan Kurator Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh.