21
Kha, Jun

SDBWA Adakan Pertandingan Mr Sibu 2018 Pada 8 April Ini

Sarawak
Typography

SIBU - Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu (SDBWA) telah membuka penyertaan untuk Kejuaraan Mr Sibu 2018, yang akan berlangsung di Dewan Rafflesia, RH Hotel di sini pada 8 April ini bermula pukul 2 petang.

Menurut Presiden SDBWA Chia Soon Cheong, pertandingan ini terbuka kepada semua pengiat sukan ini dari Bandar Sibu, Sarikei, Kapit, Rajang, Mukah, Balingian, Tanjong Manis dan daerah sekitar Zon Tengah di Sarawak dan tiada yuran akan dikenakan kepada peserta.

 “Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada peserta dan mereka yang beraksi dengan baik di Mr Sibu 2018 akan dipilih untuk mewakili zone ini di kejuaraan Mr Sarawak pada 14 April ini.

“Kejohanan Mr Sarawak akan di Kuching dimana  Kuching adalah tuan rumah pada penganjuran kali ini.

“Kami telah menjemput Pengerusi Jawatankuasa Rancangan Sibu I, Datuk Wong Kee Yew sebagai tetamu kehormat bagi majlis pembukaan Mr Sibu 2018,” kata Chia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media semalam.

Pada pertandingan kali ini,sebanyak enam kategori akan dipertandingkan iaitu membabitkan  empat di bawah bina badan iaitu novice (bakat baharu), bawah 65 kilogram, 65.1—70 kilogram and 70.1 kilogram ke atas dan dua di bawah athletic physique iaitu 170 sentimeter ke bawah dan 170 sentimeter ke atas.

Sesi timbang berat dan sukat ketinggian juga akan dijalankan pada tarikh yang sama, bertempat di Dewan Sunflower RH Hotel bermula pukul 9 pagi.

Manakala borang-borang penyertaan boleh didapati di pejabat Sibu Gym terletak di tingkat bawah Dewan Suarah Sibu.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Chia di talian 016-886 1015, or setiausaha SDBWA Martin Voon (016-8895600).