19
Rab, Dis

Haqiem Rusli Adakan Persembahan Di Kuching 17 Mac Ini

Sarawak
Typography

KUCHING – FMC dengan kerjasama Showcase Asia akan menganjurkan sebuah persembahan akustik ‘Qiemilio Tour Episode 2 Haqiem Rusli’ pada 17 Mac 2018 akan datang.

Persembahan tersebut akan diadakan bertempat di Kuali Emak Café & Restaurant Cawangan Kuching Sarawak pada sebelah malam.

Sebelum ini ‘Qiemilio Tour Episode 1 Haqiem Rusli’ telah diadakan di Kuala Lumpur yang dihadiri seramai 200 orang dan untuk Episode 2 pada kali ini, Haqiem ingin mendekatkan diri bersama perminatnya di Sarawak bagi menghargai sokongan yang tidak putus sehingga beliau dinobatkan tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke 32.

Haqiem yang popular dengan lagu Tergantung Sepi (lebih 27 juta 'views' di Youtube) dan Segalanya (7 juta 'views' di youtube) turut akan mengadakan sesi bertemu perminat di Kuching Sarawak setelah selesainya persembahan yang berlangsung selama 2 jam itu.

Justeru kepada para peminat Haqiem Rusli yang ingin menyaksikan persembahan beliau secara dekat dan eksklusif bolehlah mendapatkan Ticket ‘Qiemilio Episode 2 Haqiem Rusli’ yang kini boleh dibeli dengan harga RM50 (Regular) dan RM100 (VIP) dengan menghubungi Hotline 016-8655409.

Bagi persembahan di Kuching pada kali ini juga, tiket bagi menyaksikan  persembahan Haqiem Rusli pada kali ini adalah terhad kepada 150 orang tetamu sahaja.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.