26
Rab, Sep

Projek Pembinaan Paip Air Batang Air Ke Tanjung Manis Bermula Oktober Ini

Sarawak
Typography

KUCHING - Projek pembinaan paip air dari Batang Ai hingga ke Tanjung Manis dijangka akan bermula pada Oktober depan.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Datuk Abang Openg berkata, projek pembinaan paip air tersebut merupakan sebahagian daripada projek Grid Air Negeri seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Masih ramai di kalangan rakyat di luar bandar masih belum mempunyai paip air dan kita mempunyai sumber air yang banyak menerusi beberapa empangan hidroelektrik.

"Maka, saya mengambil langkah membina projek Grid Air Negeri di seluruh negeri dan ianya dijangka bermula dari Batang Ai hingga ke Tanjung Manis pada Oktober ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT Fair) 2018 anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, Sabtu lepas.

Turut hadir Pengerusinya Datu Len Talif Salleh, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan merangkap Menteri Kewangan II Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Abdullah Saidol, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr. Annuar Rapa'ee dan 

Menurut Abang Zohari lagi, Sarawak masih memerlukan tenaga kerja penting dalam memastikan usaha memasang paip air berkenaan akan dapat dilaksanakan.

Atas sebab itu, tenaga kerja mahir khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matemetik (STEM) diperlukan dalam melaksanakan projek ini.

Pembinaan Grid Air ini adalah salah satu usaha kreatif Sarawak menjana perolehan melalui Bank Pembangunan Sarawak (DBOS). 

Ini membolehkan Sarawak membina projek strategik termasuk Grid Air Negeri menggunakan dana daripada bank terbabit. 

 

Menerusi fasa pertama projek ini dijangka menelan peruntukan RM1 bilion dan jumlah itu dianggarkan bertambah antara RM7 hingga RM8 bilion apabila siap sepenuhnya.