14
Jum, Dis

Ibu Tunggal Digesa Rebut Peluang Bantuan Modal Kerajaan Untuk Jana Pendapatan 

Sarawak
Typography

MIRI – Ibu tunggal digesa mengambil peluang dalam mengubah pendapatan keluarga melalui pelbagai  bantuan modal yang disediakan kerajaan.

Menurut Pegawai Penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Miri Dayang Norazelina Hamdan, Program Miro Targeting JASA Prihatin yang diadakan ini adalah bertujuan mendekati kaum ibu tunggal sekaligus  memberi bantuan kepada  kepada ibu tunggal dalam meningkatkan ekonomi mereka.

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Miri melalui Program Komuniti Prihatin telah menyerahkan alatan dan mesin membuat kuih kepada Persatuan Ibu Tunggal Sarawak Cawangan Miri semalam.

“Bantuan sebegini adalah bagi mendekati kaum ibu tunggal dalam permasalahan mereka serta bantuan yang diberikan kepada mereka adalah untuk menjana pendapatan mereka dan diharap dapat membantu ahli-ahlinya untuk menggunakan peralatan berkenaan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan.

“Program bersama golongan ibu tunggal dilihat sebagai satu pendekatan yang strategik memandangkan persatuan ini mempunyai lebih 500 ahli dari seluruh kawasan dalam kawasan Parlimen P.219 Miri yang mempunyai pelbagai latar belakang,” katannya.

Penyampaian sumbangan ini disampaikan oleh Datuk Sebastian Ting Chiew Yew Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.73 Piasau kepada wakil Persatuan Ibu Tunggal Cawangan Miri Puan Horry.

Dalam pada itu juga, Datuk Sebastian Ting juga telah mengumumkan peruntukan geran tahunan sebanyak RM5,000 kepada persatuan ini untuk aktiviti mereka.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.