25
Jum, Mei

Program MyKasih Bantu Golongan Susah Dapatkan Barangan Keperluan Harian 

Sarawak
Typography

KUCHING - Program MyKasih ini merupakan bantuan untuk masyarakat yang kurang berkemampuan menerima bantuan berupa nilai wang bagi membeli barangan keperluan harian di Pasaraya GIANT terpilih.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN N14 Batu Kawa Datuk Dr. Sim Kui Hian berkata penerima akan menerima bantuan berupa wang tunai bagi membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas di di Pasar Raya GIANT Tabuan Jaya, di sini, semalam.

"Penerima akan menerima sumbangan bantuan berjumlah RM80 setiap bulan dan dimasukkan ke dalam akaun MyKad penerima. 

"Penerima boleh memberli barangan keperluan harian di Pasaraya GIANT Tabuan Jaya," katanya.

Beliau berkata demikian di Program MyKasih Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Batu Kawa di sini, Selasa lepas.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Kai dan Ketua Biro Aduan Awam SUPP Pusat Kaunselor Wilfred Yap Yau Sin.

Sehingga kini, sebanyak 500 buah keluarga telah menerima bantuan daripada Yayasan MyKasih sejak 4 tahun lepas.