25
Jum, Mei

Operasi NBOS PPM Wilayah 5 Dan SFC Berjaya Lumpuhkan Pembalakan Haram Di Ulu Sungai Kapit

Sarawak
Typography

SIBU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak bersama Sarawak Forestry Cooperation (SFC) dalam Op Landai telah berjaya melumpuhkan pembalakan haram di Ulu Sungai, Kapit, Jumaat lepas.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak ACP Salehuddin bin Mat Zaman berkata, pada Jumaat lepas lebih kurang jam 1.50 petang berpandukan maklumat awam sepasukan anggota PPM W5 Sibu bersama 11 anggota SFC telah menjalan operasi bersama NBOS di kawasan Ulu Sungai Kapit dengan menggunakan tiga buah Toyota Hilux.

"Hasil pemeriksaan didapati 637 batang kayu balak pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM783,598.69 selepas cukai telah ditebang dan dipindahkan secara haram.

"Pemeriksaan ke atas kayu balak didapati tiada tanda hak milik dan tanda cukai pada setiap batang kayu balak tersebut.

"Disyaki operasi tersebut dijalankan tanpa kelulusan daripada Pengarah Jabatan Hutan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, pagi ini.

Kesemua kayu telah ditahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015 dan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan selanjutnya.