23
Sel, Okt

Penguasaan Bahasa Inggeris Sejajar Dengan Keperluan Dan Kehendak STEM

Sarawak
Typography

SEBUYAU - Pengusaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar khususnya di luar bandar adalah penting sejajar dengan keperluan bidang (Sains Teknologi, Engenering dan Matematik) STEM yang diperkenalkan kerajaan dalam meningkatkan kemahiran pelajar.

Menteri Muda Persisir Sarawak Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi berkata, seminar ini merupakan suatu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Inggeris yang sangat popular suatu ketika dahulu dalam memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

"Melaui surat khabar, pelajar dan guru dapat mengetahui perkembangan semasa berita dan maklumat terkini yang berlaku di sekelling kita.

"Pembacaan berterusan membentuk budaya membaca baik untuk pelajar mahupun membantu memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

"Ini sekaligus membantu memperkasakan penguasaan bahasa Inggeri di kalangan pelajar luar bandar seperti di Sebuyau ini.

"Menerusi Newspaper in Education (NIE) pelajar-pelajar di kawasan Sebuyau ini telah dapat menyaingi pelajar di bandar dengan mencapai keputusan yang memuaskan dalam peperiksaan baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Perasmian Seminar Newspaper in Education (NIE) Sekolah DUN Sebuyau 2018 anjuran Jabatan Pendidikan Daerah Simunjan dan Borneo Post di sini, semalam.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, penguasaan bahasa Inggeris ini sangat bertepatan dengan fokus STEM dan ekonomi digital yang diperkenalkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg.

"Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar melalui program NIE ini adalah bertepatan dengan fokus dalam bidang STEM di negara ini. "Keperluan STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah lebih jauh lebih tinggi berbanding bidang lain," katanya.

Sehubungan itu, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan pelajar wajar memainkan peranan penting dalam memastikan penguasaan bahasa Inggeris itu dilaksanakan dengan baik.

Turut hadir Haji Kamsen bin Hatta, mewakili Tuan Rasiden Bahagian Samarahan, Wong Sing Seng, Pengurus Besar Borneo Post dan Mahdar Paiman, Guru Besar SK Tuanku Bagus Sebuyau selaku Ketua Zon Sebuyau.