22
Ahd, Jul

Banyak Pembangunan di Sarawak Bawah Pimpinan BN – Douglas Unggah

Sarawak
Typography

BETONG – Banyak pembangunan yang telah dilakukan di Sarawak di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerajaan BN di bawah pemerintahan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak banyak hasil pembangunan yang telah diberikan kepada negeri Sarawak.

“Saya ingin berkongsi kejayaan yang telah dicapai oleh BN iaitu yang paling besar sekali ialah pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo kepada Sarawak. 

“Perdana Menteri kita Dato’ Seri Mohd Najib juga telah melawat ke Sarawak sebanyak 60 kali dengan kawasan lebih kurang dalam 160 buah kawasan tanpa tangan kosong dengan membawa buah tangan untuk pembangunan di Sarawak,” katanya pada pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Zon 5 dan Parlimen Betong di sini, semalam.

Douglas yang juga Menteri Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah juga berkata ianya jelas menunjukkan bahawa Najib sentiasa turun ke Sarawak untuk melihat sendiri keperluan rakyat di Sarawak. 

“Tidak seperti bekas Perdana Menteri yang popular selama 22 tahun namun amat jarang sekali untuk melawat ke Sarawak malah telah menyindir kita orang Sarawak sebagai pemalas,” ujarnya lagi.

Dalam ucapannya juga menyatakan kehadiran semua barisan jentera merupakan simbolik keutuhan dan lambang penyatuan semua tidak mengira apa juga kaum dan bangsa.

“Kita berkumpul pada hari ini bukan sahaja mewakili Parlimen Betong turut serta ialah Parlimen Saratok, Parlimen Sri Aman dan Parlimen Lubok  Antu.

“Saya berharap semangat yang jitu ditunjukkan oleh para barisan jentera kita pada hari ini akan dibawa ke kawasan masing-masing untuk menghadapi PRU14 tidak lama lagi.

“Kita juga menyokong penuh kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) dan mengekalkan Najib sebagai perdana menteri seterusnya” katanya.

Oleh itu, beliau berharap jentera parti berjuang mempertahan kemenangan besar BN dan berusaha memenangi hati rakyat dengan semangat perpaduan yang di bina apabila berada di kawasan masing-masing kelak.