22
Ahd, Jul

FiestaNBOS Mendapat Sambutan Baik Di Bahagian Sarikei

Sarawak
Typography

SARIKEI – Fiesta Strategi Lautan Biru (NBOS) 2018 yang diadakan di Dewan Suarah Sarikei, bermula 13 April 2018 dan berakhir semalam 15 April 2018 telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari masyarakat setempat.

Program anjuran Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sarawak telah menyediakan pelbagai aktiviti antaranya persembahan hiburan dan juga pameran daripada pelbagai agensi untuk dikunjungi oleh masyarakat setempat.

Penganjuran program tersebut dilihat dapat membuka lebih ruang dan peluang kepada masyarakat untuk memahami kaedah serta strategi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Turut menjadi tarikan utama pada program yang berlangsung selama tiga hari tersebut adalah cabutan bertuah yang mana hadiah utama pada oleh pengunjung yang bertuah pada program kali ini adalah sebuah kereta Perodua Axia yang telah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato' Sri Huang Tiong Sii.

Selain itu, antara hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan adalah motorsikal, basikal, hamper, komputer, televisyen digital, produk elektrik dan telefon bimbit.

Kebanjiran Bandar Sarikei dengan rakyat dari seluruh Bahagian Sarikei termasuk dari Julau dan Pakan menunjukkan bahawa rakyat di kawasan ini sentiasa memberi sambutan yang baik terhadap aktiviti  dan program yang dianjurkan oleh kerajaan.

Sementara itu, turut diadakan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat di mana seramai 286 Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dari kawasan  Parlimen Julau telah menghadiri seminar sehari tersebut yang majlis penutupan rasmi telah disempurnkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Sabtu lepas.