18
Kha, Okt

Ketua Masyarakat Pemimpin Penting Dalam Menyampaikan Maklumat Pembangunan Negeri Kepada Rakyat

Sarawak
Typography

SARIKEI - Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat adalah contoh kepimpinan kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat dengan jelas berkenaan agenda pembangunan negeri serta maklumat dan informasi terkini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pemimpin masyarakat setempat perlu memantapkan kemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan di peringkat akar umbi.

“Kepimimpinan di peringkat akar umbi perlu menjalankan tanggungjawab sendiri dengan baik dan mempertingkatkan pemahaman tentang agenda pembangunan negeri.

“Pemimpin akar umbi juga perlu mengukuhkan pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum bagi memudahkan mereka menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan dipercayai oleh masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Peringkat Negeri Bahagian Betong dan Sarikei di sini, kelmarin.

Dalam pada itu juga, ketua masyarakat di sarankan mendekatkan diri dengan agensi kerajaan agar tahu setiap perkembangan dan pelan pembangunan dilaksanakan kerajaan untuk rakyat.

“Kita dalam pimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat dekat dengan rakyat lebih-lebih lagi Perdana Menteri kita sekarang amat prihatin terhadap penduduk Sarawak jika berbanding dengan pentadbiran Tun Mahathir yang selama 22 tahun.

“Saya berharap semua ketua Masyarakat dan ketua kaum berperanan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik untuk kerajaan yang ada sekarang iaitu kerajaan BN,” ujarnya lagi.

Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sarawak dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang Sarawak (Azam Sarawak) ini bertema Memperkasa Pemimpin Akar Umbi Membangun Ekonomi Digital.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.