20
Kha, Sep

2 Krew Kapal Cedera, Seorang Lagi Masih Hilang

Sarawak
Typography

MIRI - Sebuah kapal penggerudi MV Geos terbakar di perairan Kuala Baram yang mengakibatkan dua kru kapal cedera manakala seorang lagi masih hilang di sini, hari ini.

Pengarah Maritim Daerah Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, kedua-dua individu yang melecur telah menerima rawatan awal sekitar 7.40 pagi tadi dan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Umum Miri.

"Hasil daripada pemerhatian dan pemeriksaan, jumlah sebenar kru kapal tersebut ialah seramai 39 orang dan berjaya diselamatkan hanyalah 38 orang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini, pagi tadi.

Fauzi berkata, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mencari mangsa yang hilang.

Sehingga kini, identiti mangsa yang hilang itu masih belum dapat didedahkan.

Dalam pada itu, pihaknya telah menggerakkan Bot Penggalang 23 bersama enam orang anggota setelah menerima isyarat kecemasan yang dikesan dari perairan Kuala Baram pada jam 3.15 pagi tadi.

"Setiba di lokasi, pihak kami telah mendapati kapal itu sedang terbakar. Namun, semua kru kapal telah terjun ke laut bagi menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun, kapal ini telah berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8 pagi.