22
Ahd, Jul

80 Orang Dari Rh Nyandang Dan Rh Nyawin Sertai SUPP

Sarawak
Typography

MERADONG – Seramai 80 orang penduduk dari Rumah Nyandang Dan Rumah Nyawin Kawasan Ulu Stras di sini pada malam tadi telah menyerahkan borang keahlian masing-masing untuk menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Penyerahan borang keahlian tersebut telah diadakan di Rh Nyandang dan borang penyertaan telah diserahkan kepada wakil SUPP Cawagan Meradong oleh yang diketuai oleh Tr Nyandang Ak Rentap.

Sementara itu, dalam ucapan ringkas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, beliau amat gembira dengan keputusan yang dibuat oleh penduduk dari kedua-dua rumah panjang berkenaan untuk menyertai SUPP.

“Saya ucapan terima kasih kepada penduduk rumah Nyandang dan Rumah Nyawin kerana sudi masuk Parti SUPP Meradong agar menambah lagi kekuatan SUPP di kawasan Meradong.

“Sokongan yang penuh harus disalurkan pada setiap pilihan dan keutamaan rakyat harus didahulukan seperti Perjanjian MA36 untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Turut hadir Teng Ung Woo, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

Dalam pada itu, Ding turut berharap agar pada Pilihan Raya Umum PRU Ke 14 (PRU14) kali ini semua pihak di Meradong dapat memberi kepercayaan kepada SUPP untuk menerajui kawasan tersebut.

“Justeru, pada PRU-14  kali ini kita haruslah memberi sokongan yang padu agar Teng Ung Woo akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sarikei dan kita berharap agar kelak dapat memenangi Parlimen Sarikei daripada pihak pembangkang.

“Pihak pembangkang juga jarang turun padang semenjak mereka memenangi PRU13 lalu berbanding dengan calon BN SUPP.

“Justeru, dengan adanya ahli parti SUPP Meradong kita berharap penduduk rumah panjang sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan kerana cuma kerajaan BN saja mampu membawa pembangunan untuk penduduk di luar bandar,” tambahnya.

Sementara itu, menurut Tr Nyandang Ak Rentap dalam ucapannya juga beliau amat gembira kerana kerajaan telah meluluskan projek membina semula rumah panjang mereka yang telah usang.

“Kami amat gembira dan berterima kasih dengan kehadiran Datuk Ding dan Teng untuk menjadi saksi bagi Majlis Penyerahan Borang Keahlian SUPP, malam ini.

“Saya mewakili penduduk rumah panjang mengucapkan terima kasih juga kepada  Datuk Ding kerana meluluskan projek untuk membina semula rumah panjang yang sudah using yang mana di Meradong cuma parti SUPP sahaja yang merupakan lambang parti rakyat di Meradong,” ujarnya.

Nyandang juga memaklumkan yang pada PRU kali ini mereka sepakat akan memberi sokongan yang penuh kepada Teng Ung Woo jikalau menjadi calon BN pada Parlimen Sarikei kelak.-KLXPress/ Ley Chee Hua-