11
Sel, Dis

Rakyat Sarawak Masih Ingat Iban Pernah Dipanggil 'Pakai Cawat'

Sarawak
Typography

MIRI - Walaupun perkara ini sudah lama berlalu, tetapi rakyat Sarawak masih akan ingat selama-lamanya apabila pembangkang sanggup merendah-rendahkan maruah rakyat sehingga sanggup menggelarkan pengundi Iban masih pakai cawat.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, rakyat Sarawak tidak harus diperbodohkan atau maruah mereka direndah-rendahkan oleh pembangkang hanya kerana mereka setia kepada Barisan Nasional (BN).

"Pembangkang pernah menggelarkan pengundi Iban pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batang Ai masih menggunakan 'cawat' hanya disebabkan pengundi menyokong calon Barisan Nasional (BN).

"Demi untuk mendapatkan sokongan, pembangkang sanggup merendah-rendahkan maruah rakyat Sarawak dan perkara seperti ini bukan budaya politik di Sarawak," tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berjumpa Rakyat di Rumah Ampit Jembu, Lambir, malam tadi.

Sementara itu, Awang Tengah menjelaskan politik Sarawak masih stabil dan kukuh hasil daripada kesepakatan pemimpin-pemimpin parti komponen BN tempatan.

"Politik Sarawak sangat stabil. Atas sebab itu parti dari luar Sarawak (Pakatan Harapan) bersungguh-sungguh menyebarkan idealogi mereka ke sini dengan mengetengahkan calon tempatan sebagai calon.

"Namun, saya yakin rakyat Sarawak tidak mudah diperbodohkan atau cuba untuk merendah-rendahkan sokongan mereka yang setia kepada BN," tambahnya lagi.

 

Maka, tidak hairanlah mereka (pembangkang) sentiasa mencari jalan dalam menembusi benteng BN Sarawak dengan cuba menakut-takutkan rakyat Sarawak dengan membawa isu yang tidak relevan di Sarawak.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.