25
Jum, Mei

Kerajaan Negeri Sarawak Isytihar Cuti Umum Tambahan 17 Dan 18 Mei Ini

Sarawak
Typography

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak hari ini telah mengisytiharkan cuti umum tambahan pada 17 dan 18 Mei ini sempena Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu yang diputuskan kerajaan negeri mengikut Seksyen 5 Ordinan Cuti Umum [Bab 8 (1958)].

"Justeru, Sarawak tidak terbabit dalam cuti umum khas diumumkan di peringkat Persekutuan bertarikh 10 dan 11 Mei, malah kedua-dua tarikh berkenaan adalah hari bekerja biasa di negeri ini," katanya di sini menerusi dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa telah mengumumkan 10 dan 11 Mei sebagai hari cuti umum tambahan mengikut Seksyen 8 Akta Percutian Awam 1951.