25
Sel, Sep

Kereta Terbakar Di Sarikei

Sarawak
Typography

SARIKEI – Sebuah kereta jenis Perodua Alza dilaporkan terbakar di hadapan sebuah bangunan kedai di Jalan Entiba, di sini awal pagi tadi.

Pihak bomba yang menerima laporan tentang kebakaran telah mengerakkan anggota ke tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak berkata, sebaik anggota tiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran kereta telah terbakar 20 peratus.

“Kereta Perodua Alza tersebut telah terbakar 20 peratus  di bahagian enjin.

“Pihak Bomba telah bertindak memadam kebakaran menggunakan saluran bantu mula air dari dalam tangki jentera sehingga padam sepenuhnya namun kebakaran tiada melibatkan kemalangan jiwa,”katanya.

Operasi ditamatkan sebaik sahaja anggota Berjaya mengawal kebakaran dari terus merebak ke bahagian lain kereta tersebut.