25
Jum, Mei

Sarawak Akhirnya Berjaya Catat Kemenangan

Sarawak
Typography

KUCHING - Pasukan bola sepak Sarawak akhirnya berjaya mencatat kemenangan dalam kempen Liga Premier 2018 selepas menang tipis ke atas Pulau Pinang 1-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, malam tadi.

Sarawak masih tercari-cari rentak kemenangan selepas sebelum ini hanya mencatat keputusan kurang memberansangkan dengan mencatat tiga kali kekalahan berturut-turut.

Penyerang import dari Croatia, Mateo Roskam yang baru pulih dari kecederaan ‘hamstring’ menjadi wira Ngap Sayot apabila berjaya meledak jaringan kemenangan

pada minit ke-44.

Gol tersebut telah mencetuskan semangat juang buat pemain-pemain Sarawak untuk memburu gol seterusnya tetapi tidak gagal selepas berjaya dipatahkan barisan pertahanan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, defisit gol tersebut berjaya dikekalkan hingga tamat masa perlawanan bagi membolehkan Sarawak pulang membawa tiga mata penuh berharga.

Ini merupakan kemenangan keempat Sarawak dengan berjaya mengumpul 15 mata dan kini melonjak ke tangga kelima liga.

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Sarawak bertemu Johor Darul Ta’zim II di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 22 Mei ini.