18
Sab, Ogs

Kuching FA Tersentak Alami Kekalahan Mengejut

Sarawak
Typography

KUCHING - Kuching FA mengalami kekalahan mengejut 0-2 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga FAM 2018 yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini petang semalam.

Ini merupakan kekalahan ketiga buat anak buah Shahrizan Sahari dalam saingan Kumpulan A dan keputusan ini mengekalkan mereka di kedudukan ketiga dengan kutipan 14 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Kuching Fa kerap kali dihadiahkan beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol, tetapi gagal dimanfaatkan jentera serangan dengan sempurna.

Ketumpulan jentera serangan segera dimanfaatkan ‘The Gladiators’ untuk mencari rentak bagi membuka jaringan.

Pada minit ke-18, pemain ATM Mohd Rafizol Roslan berjaya membuka jaringan untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Tersentak dengan itu,Kuching FA telah mengatur strategi dengan membalas serangan namun gerakan kurang kreatif dan ditambah pula dengan penyudah lemah telah menghambat usaha mereka mencari gol penyamaan.

Kapten ATM kelahiran Sarawak, Venice Elphi Danny menjadi ‘duri dalam daging’ Kuching FA apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-74.

Kempen Piala FAM akan berehat sempena Ramadan dan bersambung selepas Hari Raya Aidilfitri dengan Kuching FA bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Temerloh menentang Shahzan Muda FC pada 18 Julai depan.

Sumber gambar: Kuching FA