16
Kha, Ogs

Pelajar Lemas Selepas Terjatuh Dari Jambatan Darul Hana

Sarawak
Typography

KUCHING - Seorang pelajar lelaki yang lengkap berpakaian sekolah dijumpai mati lemas di Sungai Sarawak berhampiran Tebingan Kuching di sini pagi ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, sebelum kejadian pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan melihat seorang remaja terjatuh ke sungai dari Jambatan Darul Hana.

Anggota Bomba yang tiba di lokasi kejadian telah bertindak segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat di atas permukaan air menggunakan menggunakan bot.

“Pada pukul 10 pagi, mangsa telah dijumpai di lokasi dilaporkan diterjatuh,” katanya dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke tebingan sungai untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak Hospital Umum Sarawak.

Katanya, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.