25
Jum, Mei

Jabatan Pendidikan Sarawak Isytihar Cuti 17 dan 18 Mei Ini

Sarawak
Typography

KUCHING - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak mengisytiharkan Cuti Kelepasan Am Tambahan pada Khamis dan Jumaat ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Rakayah Maadon berkata pihak pendidikan akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang mengumumkan cuti am pada hari tersebut.

"Semua sekolah akan bercuti pada hari Khamis dan Jumaat, segala aktiviti di dalam sekolah akan ditangguhkan pada minggu hadapan," katanya.

JPN Sarawak dalam kenyataannya berkata semua warga pendidikan termasuk warga sekolah diminta mematuhi arahan tersebut dan diminta menyusun semula program-program yang terlibat pada tarikh berkenaan.

Tidak timbul persoalan sekolah boleh memohon hari tersebut sebagai hari gantian atau hari sekolah.