16
Isn, Jul

Dr Michael Teo Berikrar Selesaikan Semua Masalah Rakyat Di Miri

Sarawak
Typography

MIRI - Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berikrar akan menyelesaikan masalah dan keperluan rakyat di kawasan Parlimen Miri.

Beliau berkata, banyak perkara yang perlu dilakukan dan diberikan keutamaan untuk diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Permasalahan dan isu tempatan ini meliputi bekalan air bersih, perkhidmatan setinggan dan banyak lagi yang perlu diselesaikan segera.

"Selama ini, kita hanya turun padang dan mendengar keluhan yang ditimbulkan penduduk di Miri dan kini apabila kita sudah menjadi kerajaan, kita akan selesaikan semua masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Penghargaan sempena kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Dr Teo turut mengumumkan bahawa pejabatnya akan dijadikan sebagai pusat khidmat bagi mengumpul aduan orang awam.

"Saya menyeru semua penduduk di Miri yang mempunyai masalah untuk datang kepada kami agar setiap masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan segera secara bersama," katanya lagi.

Hadir sama Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Voon Shiak Ni, bekas calon PKR di Parlimen Sibuti Jemat Panjang dan jentera PKR PRU14.