11
Sel, Dis

Dua Diberkas Selepas Miliki Wang Palsu

Sarawak
Typography

KUCHING - Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditangkap polis selepas didapati memiliki lebih 200 keping wang kertas RM100 dipercayai palsu dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses wang kertas tersebut dalam satu serbuan ke atas sebuah hotel di sini, Ahad lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kedua-dua suspek berusia sekitar 30-an itu yang disyaki melakukan pemalsuan wang kertas sekitar jam 7 malam. 

"Hasil makluman awam dan pemeriksaan, didapati berjaya menemui 205 helaian kertas cetakan wang RM100 yang belum cukup sifat serta 19 keping wang kertas RM100 juga dipercayai palsu yang telah cukup sifat. 

"Turut dijumpai tiga unit telefon bimbit serta seunit alat pengesan wang palsu di dalam bilik tersebut,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, ujar Mustafa Kamal polis juga mendapati kereta yang digunakan kedua-dua suspek adalah kereta curi. 

"Polis turut memeriksa sebuah kereta yang digunakan suspek dan hasilnya mendapati kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu serta pernah dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya. 

"Pemeriksaan lanjut di dalam kereta tersebut menemui seunit mesin pencetak dan dua botol penyembur warna,” ujarnya lagi. 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.