17
Isn, Dis

PRS Senadin Hilang Kepercayaan Terhadap Masing

Sarawak
Typography

MIRI - Ahli Jawatanakuasa Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Senadin sebulat suara menyatakan pendirian bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden parti Tan Sri James Jemut Masing.

Keputusan ini dibuat selepas mengadakan persidangan pada 15 Mei lepas yang sebulat suara menetapkan pendirian tersebut.

Sehubungan itu, Pengerusi PRS Senadin yang juga bekas Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Richard Will Uban berkata semua ahli jawatankuasanya mahu melepaskan jawatan dan keahlian mereka di dalam parti itu.

"Kami mahu meletak jawatan dan melepaskan keahlian dalam PRS Bahagian Senadin kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Tan Sri James Jemut Masing," katanya kepada sebuah akhbar tempatan Utusan Borneo semalam.

Mesyuarat khas jawatankuasa itu dipengerusikan Richard dan diadakan pada 15 Mei lalu di Pusat Khidmat PRS di Pujut 7 di sini.

Richard turut menjelaskan sikap Presiden itu yang 'menghina' menyebabkan parti itu kehilangan tiga kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) lalu.

"Atas perkembangan itu menyebabkan kami memanggil semua ahli berdaftar dengan PRS Senadin yang seramai 1,800 orang untuk menyertai mesyuarat agung luar biasa itu dalam masa terdekat bagi menyatakan pendirian kami sebagai presiden. 

 

"Kami mahu menyatakan sebulat suara untuk keluar beramai-ramai daripada parti. Bagaimanapun, ia masih hak individu sama ada mahu mengikut jejak kami (keluar parti) atau sebaliknya," ujarnya.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.