17
Isn, Dis

Zulhaidah Jawab Ahli Parlimen Miri Mengenai Isu Agama Di Dalam Kad Pengenalan

Sarawak
Typography

MIRI - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zulhaidah Suboh mahu isu agama di dalam kad pengenalan seperti yang diminta Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo tidak disentuh kerana ia bersifat sensitif.

Menurut Zulhaidah, walaupun zaman moden dan globalisasi sekalipun rakyat tidak sepatutnya kehilangan status agama dalam kad pengenalan kerana ini boleh mengelirukan masyarakat, menimbulkan kebimbangan dan kesulitan.

“Sebagai contoh, jika berlaku sesuatu perkara atau krisis seperti kematian dan tiada status keagamaan pada MyKad, maka pasti menimbulkan kesulitan untuk melakukan tuntutan atau hal ehwal lain melibatkan status keagamaan khususnya di Sarawak yang memiliki pelbagai kaum dengan keunikan tersendiri.

“Kami sedar tiada calon Islam daripada PKR Sarawak menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu tetapi jangan cuba memandang rendah isu berkaitan agama.

“Saya yakin terdapat wakil rakyat bukan Islam bersetuju dengan saya tidak mahu usul status agama dalam kad pengenalan dibangkitkan,” katanya di dalam sebuah akhbar tempatan Utusan Borneo.

Zulhaidah mendedahkan tujuan utama memohon kad pengenalan adalah sebagai pengenalan diri dan pengesahan kerakyatan seseorang menyimpan maklumat seperti nama, alamat, bangsa, status kewarganegaraan, agama dan pastinya cap jari. 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.