22
Isn, Okt

Majma Mall Adakan Jualan Majma Raya Fes 3.0 - 2018

Sarawak
Typography

KUCHING - Majma Mall pada tahun ini meneruskan lagi hub jualan Hari Raya terbesar mereka di Bandaraya Kuching dengan menganjurkan Majma Raya Fes 3.0 - 2018 yang bermula 19 Mei sehingga 14 Jun 2018 akan datang. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh isteri Ketua Menteri Sarawak Datin Patinggi Dato' Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang di sini, Sabtu lepas.

Turut hadir Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf Datu Putit Matzen.

Sambutan terhadap jualan tersebut pada setiap tahun amat mengalakkan dan orang ramai juga dilihat amat menantikan masa ini dan berkunjung di Majma Mall untuk membeli belah pakaian dan pelbagai aksesori dan keperluan untuk hari raya mereka. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Majma Mall, Hub jualan ini telah diwujudkan untuk membantu peniaga peniaga untuk mempromosikan barangan mereka disamping memberi suasana Hari Raya kepada orang ramai.

Majma Raya Fes 3.0-2018 Kali ke 3 di anjurkan dan kali ini penganjuran sepenuhnya oleh Pengurusan Kompleks Islam Sarawak dan merupakan Hub Hari Raya yang terbesar setakat ini.

Sejumlah 32 booth peniaga telah di sediakan di aras 1 dan aras 2 untuk tenant mall manakala sejumlah 58 buah tenant luar juga disediakan yang mana akan memenuhi ruang didalam khemah utama yang dipasang di pekarangan letak kereta Majma Mall.

 

Antara jualan yang terdapat di Majma Raya Fes 3.0 -2018 kali ini terdiri daripada pakaian pakaian hari Raya, kuih muih, biskut, assesori pakaian, showcase kereta dan semua keperluan hari raya yang lain.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.