24
Ahd, Jun

Bomba Ambil Masa 6 Jam Padam Kebakaran Di Kampung Tengah Beladin

Sarawak
Typography

BETONG - Anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa lebih kurang enam jam bagi mengawal dan memadam kebakaran yang berlaku di Kampung Tengah Beladin, di sini awal pagi semalam.

Kebakaran itu telah memusnahkan empat buah bangunan di mana sebuah rumah kediaman, sebuah rumah kedai dan sebuah stor tempat menyimpan minyak musnah kesemuanya manakala sebuah kilang papan musnah pada kadar 50 peratus. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.00 pagi dan menggerakan anggota serta jentera ke lokasi kejadian.

"Sebuah kenderaan FRT, sebuah EMRS, sebuah Hilux, sebuah Van Urvan dan 10 orang anggota yang diketuai Ketua Balai BBP Betong PPgB Vincent Baling Anak Yabi telah bergerak ke lokasi kejadian.

"Pihak Bomba telah bertindak dengan melakukan operasi pemadaman dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 7.44 pagi," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini.

Bagaimanapun, pihak Bomba mengalami kesukaran ke lokasi kejadian di mana jalan masuk hanya boleh dilalui oleh kenderaan Hilux 4x4.

Sementara itu, seorang wanita warga emas turut mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan kaki dalam kejadian itu.

"Dalam kejadian itu, seorang warga emas mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan kaki telah dihantar oleh orang awam ke klinik berdekatan. 

"Operasi memadam kebakaran itu tamat pada jam 7:50 pagi

Turut membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).