20
Sab, Okt

Lelaki Dilaporkan Hilang Di Bok Tinjar,Miri

Sarawak
Typography

MIRI – Seorang lelaki dari Rh Edward Usah, Sg. Sebindang Bok, Bok Tinjar, di sini  telah dilaporkan hilang hari.

Laporan mengenai kehilangan mangsa Bengkong Anak Buntak 58 tahun telah diterima pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak sekitar jam 12.10 tengahari ini.

Jurucakap JBPM Negeri Sarawak berkata, sebaik laporan diterima, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Lopeng telah digerakkan menggunakan beberapa buah aset bagi mencari mangsa di lokasi kejadian.

Selain bomba, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada hari ini turut disertai oleh beberapa agensi lain termasuk penduduk setempat.

“Pasukan Bomba dari BBP Lopeng telah menyertai OPS SAR telah menggunakan sebuah jentera FRT, sebuah kenderaan utilitt Dmax dan sebuah Bot bagi mencari mangsa.

“Berdasarkan maklumat yang dibuah pengadu iaitu Winnie ak Bengkong yang merupakan anak mangsa  kepada anggota Polis di Balai Polis Beluru Bakong mangsa telah keluar dari rumah pada 21 Mei 2018 lepas sekitar jam 8 malam.

“Terdapat seorang saksi dari rumah panjang yang sama telah melihat mangsa keluar dari rumah dengan hanya membawa lampu suluh dan mangsa ketika itu ada memberitahu mahu ke tandas yang berada di depan rumah panjang tersebut,”katanya.

Ujarnya lagi, semasa keluar, mangsa hanya menggunakan seluar pendek berpoket dan baju berkolar warna hitam kuning.

Usaha awal mencari mangsa telah dilakukan oleh ahli keluarga namun gagal menemui mangsa.

“Usaha mengesan dan mencari mangsa semalam juga bersama anggota Balai Polis Beluru bersama penduduk rumah panjang di sekitar kawasan kebun dan hutan berdekatan telah dilakukan namun tiada menemui sebarang petunjuk.

“Dan sehingga kini, mangsa dilaporkan belum balik ke rumah dan operasi yang dilakukan hari ini juga masih belum menemui mangsa,”tambahnya lagi.

Tambah anak mangsa dan juga saksi, mangsa sebelum ini kelihatan sering termenung, pemikiran kusut dan pernah meluahkan nekad untuk meninggal dunia kerana selalu mengenangkan akan mendiang isterinya yang sudah meninggal dunia awal tahun ini.