21
Kha, Feb

#liveKCH Ketengahkan Bakat Tempatan Di Media Sosial

Sarawak
Typography

KUCHING: Penganjuran #liveKCH sebagai tempat untuk mengetengah bakat tempatan baharu agar masyarakat melihat media sosial mempunyai perkembangan positif kepada pembangunan sejagat.

Presiden Persatuan Bloggers Sarawak, Cyril Dason berkata demikian kerana banyak perkara negatif sering dipapar dalam media sosial hari ini.

“Kami ada terfikir kenapa tidak kita di Sarawak berkongsi sesuatu positif mengenainya dan membangunkan orang kita seperti bintang YouTube.

“Ini kerana masih banyak yang belum mengenali mereka,” katanya ketika ditemui di pusat beli-belah CityONE di sini semalam.

Pihaknya telah mengatur persembahan live dan ceramah bloggers pada hari pertama dan hari ini pertemuan pengamal twitter, instagram dan facebook.

Penaja utama # LiveKCH, Telekom Malaysia, penaja bersama Sarawak Energy dan Sarawak YES, dan juga rakan-rakan kami PitchIN, The Bloom Bazaar, InSarawak.net dan eSports Malaysia atas sokongan yang besar untuk program ini .

Selain itu, #LiveKCH juga akan menampilkan #LiveGAMES, yang merupakan pertandingan siber permainan, dan #LiveMarket, sebahagian untuk penjual Indie untuk menjual barangan unik dan produk, dan berdedikasi kawasan media sosial Facebook, Twitter dan Instagram untuk pengunjung.

Menurutnya semalam, hanya lebih kurang 500 pengamal blog di seluruh negara dan jumlahnya semakin mengecil.

“Jumlahnya semakin mengecil kerana terlalu banyak media sosial dan apa yang kita sasarkan adalah untuk mencari mereka-mereka yang menjadikan blog sebagai kerjaya sepenuh masa sepertimana di Semenanjung Malaysia.

“Pengamal blog di sini jarang mengutarakan isu sensitif, tidak pernah mengutarakan isu keagamaan, tetapi banyak menulis tentang tempat menarik untuk dilawati, makanan, acara, teknologi dan peranti moden dan gaya hidup. Lagipun, kebanyakan bloggers bekerja sepenuh masa dan membuat blog secara sambilan,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau menasihati agar pengguna media sosial untuk berhati-hati ketika berkongsi maklumat di dalam laman sosial masing-masing.

Katanya, jangan sesekali berkongsi maklumat tersebut tanpa mengetahui faktanya dahulu, mereka perlu mencari kebenaran mengenai sesuatu sebelum berkongsi paparan dilaman media sosial mereka, ujarnya lagi.

Pihaknya meletak sasaran 10,000 orang akan hadir ke acara tersebut yang terletak di tingkat satu, kawasan pameran CityOne disini semalam.

Nanasheme, sensasi YouTube tempatan bersama 11 penghibur yang lain iaitu Ashrun Zikri, Azwan Juperi, Joyce Khoo, Syamel Izwan, Dzul Izzat, Sasha Ningkan, Nakama Band, Eric Goh, Saufi Sape ‘Star, Ryan Han dan Jiwa Dance turut memeriahkan majlis.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web # LiveKCH di www.hashtaglive.my atau layari laman Facebook rasmi # LiveKCH di www.facebook.com/thehashtaglive -UIB-

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.