23
Rab, Okt
1 ARTIKEL BARU

Mahkamah Admiralty di Kuala Lumpur dijangka akan mengumumkan pembidaan Equanimity hari ini, dan sherif mahkamah dijangka menumumkan pembida yang berjaya.

Bagaimanapun, peguam 1MDB Jeremy Joseph memberitahu Malaysiakini bahawa bilangan bidaan serta bidaan tertinggi adalah peribadi dan sulit.

Bidaan unuk kapal layar berkaitan dengan 1MDB itu dibuka pada 29 Oktober, dengan bakal  pembeli perlu membayar deposit RM1 juta.

Dokumen mahkamah sebelum ini mendedahkan bahawa Global Diversified Investment Company Limited memiliki53.57 peratus saham ke atas kapal itu.

Sementara 1MDB Energy Holdings memiliki baki 46.43 peratus saham.

Hasil daripada bidaan itu akan dibahagikan antara kedua-dua syarikat.

Menurut Jabatan Kehakiman AS (DOJ), ahli perniagaan yang diburu Jho Low, didakwa membeli kapal itu dengan nilai AS$250 juta, menggunakan dana yang didakwa diseleseng dari 1MDB.

Kapal yang berukuran panjang 91.5 meter, dengan krew 17, pertama kali dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari, dan sejak itu menjadi subjek pertikaian perundangan antara Jabatan Kehakiman AS dan sekumpulan syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Low.

Low mendakwa rampasan itu tidak sah.

Sarah Zulkifli
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
LELAKI berpenyakit mental yang mengaku dirinya Tuhan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan membuat panggilan palsu kononnya meletakkan bom di dalam Bangunan Sri Pentas TV3, Bandar Utama.

Bagaimanapun, Nur Azhan Kamaluddin, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret

Baca Selanjutnya: Dia kata dia Tuhan

Nor Farhani Che Ad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

“KAMI tidak kisah nama anak seperti nama buah kerana ia diberi oleh datuk saya yang mungkin mempunyai sebab tertentu," kata Abi Amin Mahayadin, 40.

MyKid dua anaknya yang tertera dengan nama Muhammad Dhury Yan, 6, dan Nur Rambutt'an, setahun lima bulan tular sejak bulan lalu sehingga menarik perhatian ramai.

Abi Amin berkata, dia dan isteri, Nor Faridah

Baca Selanjutnya: Comelnya Dhury Yan, Rambutt'an...

TAWAU - Kebakaran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu Laut Tengah tengah hari disini melibatkan sebanyak 50 buah setinggan musnah. Jentera bomba bersama 30 anggota ke tempat kejadian pada pukul 1.39 tengah hari menerima panggilan kecemasan menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Ismaidi Ismail. Sementara itu seorang mangsa Aidah Osman, 47, berkata ketika kejadian beliau tidak berada di rumah dan hanya mengetahuinya ketika dihubungi anaknya yang berada di Kota Kinabalu, melalui WhatsApp

Baca Selanjutnya: Sebanyak 50 Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

SELEPAS meninggalkan Sabah kira-kira empat bulan lalu, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman pulang ke negeri ini apabila tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menaiki pesawat khas pada 12.30 tengah hari, hari ini.

Sejurus keluar di balai ketibaan di bangunan terminal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu disambut kira-kira 1,000 penyokong yang melaungkan ‘hidup Tan Sri’.

Musa yang kelihatan memegang tongkat kemudian terus dibawa menaiki Toyota

Baca Selanjutnya: Musa Aman Dah Balik...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menstruktur semula beberapa jabatan pasukan khasnya untuk tujuan penambahbaikan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata beliau telahpun mengadakan mesyuarat dan taklimat pertama dengan kepimpinan tertinggi PDRM hari ini untuk memperinci perkara tersebut.

"Saya telah dengar taklimat pertama tentang penstrukturan jabatan dalam PDRM hari ini termasuk beberapa pasukan task force juga akan dibubarkan, sebab kita mahu outcome yang lebih

Baca Selanjutnya: PDRM akan bubar beberapa 'pasukan petugas'

LABUAN - Seorang pemandu lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas di Kilometer 3.5, Jalan Tun Mustapa berhampiran Taman Amananda di sini awal pagi kelmarin.

Mangsa yang berusia 21 tahun dan beralamat di Taman Wong Lo Wilayah Persekutan Labuan, disahkan maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Adzhar Othman berkata, kejadian kira-kira jam 6 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota yang terbabas sebelum melanggar pokok di atas

Baca Selanjutnya: Pemandu Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Rempuh Pokok

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Consequat curabitur vitae nibh et ut orci senectus quis accumsan sem. Leo sed hendrerit libero nunc mattis vestibulum morbi morbi phasellus morbi. Curabitur congue enim consectetuer massa vivamus lorem at curabitur augue urna. Dolor egestas orci eleifend Sed convallis nullam morbi ut quis tincidunt. Amet sed condimentum fusce nascetur euismod massa venenatis ipsum convallis ut. Id elit eros a dictum.