23
Sel, Jul
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) didapati tidak akur terhadap kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Namun begitu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  di dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan oleh Teo Kok Seong (Rasah) berhubung status terkini pengiktirafan UEC memberitahu ia sedia untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam isu tersebut.

"Pendirian KPM adalah jelas bahawa semua sistem pendidikan yang hendak dilaksanakan di negara kita perlu berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

"Dalam hal ini, UEC didapati tidak akur terhadap kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah akta tersebut.

"KPM sedia untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan berhubung perkara tersebut," jelasnya.

Sungguh pun begitu, KPM turut memaklumkan ia menerima bahawa kedudukan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan sijil UEC masih kekal status quonya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pelajaran 1961 serta peruntukan di bawah seksyen 151 Akta Pendidikan 1996 (Akta

Baca Selanjutnya: UEC Tidak Akur Dasar Pendidikan Kebangsaan

KUALA LUMPUR - Perkiraan kos rawatan atau caj perubatan di pusat-pusat perubatan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah mengikut prosedur operasi standad yang berdasarkan kepada sistem perakaunan mikro.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, sistem tersebut membuat perbandingan dengan kadar caj yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia dan hospital-hospital swasta dari masa ke semasa.

Caj yang diluluskan katanya turut merangkumi 60% subsidi

Baca Selanjutnya: Caj Rawatan PPUM dan PPUKM Merangkumi 60% Subsidi Kerajaan - Timb Menteri

KUALA LUMPUR - Tindakan yang sama rata akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang tidak kira dari kumpulan merah ataupun kuning, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Kerajaan berlaku adil dalam kita melaksanakan undang-undang tidak berdasarkan warna kuning atau merah jika ada yang melanggar undang-undang tindakan akan dibuat sewajarnya," katanya ketika sidang media di lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika

Baca Selanjutnya: Zahid: Tindakan Sama Rata 'Baju Merah', 'Baju Kuning'

KUALA LUMPUR – Kedaulatan serta keselamatan sempadan termasuk keselamatan di Lapangan Terbang seluruh negara merupakan satu elemen yang signifikan kepada kesejahteraan hidup rakyat dan pembangunan negara secara berterusan, tegas Kementerian Dalam negeri (KDN).

Justeru itu, menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi KDN sangat mengambil berat berhubung kedua-dua isu berkenaan bagi mengawal pelbagai bentuk ancaman daripada anasir subversif dalam negara atau luar negara yang boleh mengancam

Baca Selanjutnya: KDN Pandang Serius Isu Kedaulatan Negara, Laksana Pendekatan Baharu

KUALA LUMPUR - Terdapat pelbagai program yang telah dan akan terus dijalankan kerajaan bagi meningkatkan kemahiran dan pendapatan rakyat, ujar Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Menurut beliau, program-program tersebut dilaksanakan untuk semua rakyat termasuk juga para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Antara program-program yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran rakyat adalah seperti program latihan kemahiran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang

Baca Selanjutnya: Selangor Penerima BR1M Tertinggi

KUALA LUMPUR - Struktur Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan telah mengambil kira kedudukan semasa sosioekonomi rakyat Malaysia, ujar Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Menurut beliau, ia adalah untuk memastikan impak yang minima kepada rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

"Struktur GST yang dilaksanakan telah mengambil kira kedudukan semasa sosioekonomi rakyat Malaysia untuk memastikan impak minima kepada rakyat terutamanya

Baca Selanjutnya: Kadar Efektif GST Cuma 3.6%

KUALA LUMPUR - Sebanyak 836 representasi bantahan telah diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan syor persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bantahan-bantahan tersebut diterima daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan juga parti-parti politik.

Ia sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa proses persempadanan semula yang dilaksanakan adalah bermotif politik.

Baca Selanjutnya: Persempadanan Semula: SPR Terima 836 Representasi Bantahan

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Consequat curabitur vitae nibh et ut orci senectus quis accumsan sem. Leo sed hendrerit libero nunc mattis vestibulum morbi morbi phasellus morbi. Curabitur congue enim consectetuer massa vivamus lorem at curabitur augue urna. Dolor egestas orci eleifend Sed convallis nullam morbi ut quis tincidunt. Amet sed condimentum fusce nascetur euismod massa venenatis ipsum convallis ut. Id elit eros a dictum.