26
Rab, Jun
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tiada sebarang rundingan kerusi antara parti itu bersama PKR untuk berdepan pilihan raya kecil di Sungai Besar.

"Tidak pernah ada rundingan (bersama PKR). Jika ada rundingan, tentulah kita tahu.

"Setakat ini kita tidak menerima apa-apa pengesahan mengenai hal itu. Kita mengetahui melalui viral di aplikasi Whatsapp, maka tidak ada pengesahan dari pihak PAS.

"Jika betul ada, biar presiden PAS yang beri pandangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Ditanya sekali lagi sekiranya terdapat rundingan bersama PKR, anggota parlimen Kota Bharu menegaskan tiada rundingan rasmi antara parti Islam itu bersama PKR.

"Rundingan tak pernah ada, tapi kalau perjumpaan saya tidak tahu. Tetapi tidak ada rundingan secara rasmi antara PAS dan PKR," ujarnya. 

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan mana-mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ia disahkan selepas Jabatan Peguam Negara membuat penelitian dan mengkaji kertas siasatan lanjut dan Laporan Siasatan Khas terhadap kematian mendiang.

“Jabatan Peguam Negara, setelah meneliti dan mengkaji kertas siasatan lanjut dan Laporan Pasukan

Baca Selanjutnya: Kematian Teoh Beng Hock Tiada Unsur Jenayah – Nancy

KUALA LUMPUR – Peningkatan seramai 111,329 orang pendeposit baharu Lembaga Tabung Haji (TH) dalam tempoh Januari hingga April lalu, walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap badan itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pendeposit baharu pada April lalu berjumlah 24,984 orang, manakala pendaftaran haji baharu pula seramai 40,242 orang.

"Peningkatan itu hasil usaha memperbaiki persepsi masyarakat dan pendeposit TH berikutan penyebaran

Baca Selanjutnya: Pendeposit TH Tetap Meningkat Walau Ditohmah

KUALA LUMPUR - Prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2015 adalah lebih baik dengan 180 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan cemerlang lima bintang berbanding 114 pada 2014, lapor Jabatan Audit Negara.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata pencapaian yang ketara ini menunjukkan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti telah memberi dorongan kepada pegawai pengawal untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan.

Beliau berkata demikian dalam

Baca Selanjutnya: Prestasi Pengurusan Kewangan Agensi Tahun 2015 Lebih Baik

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk menukar nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang masing-masing akan bermula dengan ‘V’ dan ‘F’.

Ini kerana menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi nombor sedia ada bagi dua wilayah berkenaan ketika ini yang bermula dan berakhir dengan alphabet tidak lagi menarik dan sukar dibaca.

“Kita melihat pandangan ini ada kebenarannya apabila nombor wilayah sudah begitu rumit dan menyebabkan

Baca Selanjutnya: V Untuk Kuala Lumpur, F Untuk Putrajaya

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan polis akan memanggil ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis akan memanggil Jho Low sekiranya ada keperluan berbuat demikian sepanjang proses siasatan dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum ada sebarang pertemuan diadakan antara Jho Low dan polis.

Baca Selanjutnya: 1MDB : Polis Akan Panggil Jho Low Bantu Siasatan Jika Perlu

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 dan Kanun Keseksaan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang berbuat demikian.

"Kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan

Baca Selanjutnya: Tindakan Undang-Undang Jika Fitnah 1MDB

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Consequat curabitur vitae nibh et ut orci senectus quis accumsan sem. Leo sed hendrerit libero nunc mattis vestibulum morbi morbi phasellus morbi. Curabitur congue enim consectetuer massa vivamus lorem at curabitur augue urna. Dolor egestas orci eleifend Sed convallis nullam morbi ut quis tincidunt. Amet sed condimentum fusce nascetur euismod massa venenatis ipsum convallis ut. Id elit eros a dictum.