Agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor's Ratings Services (S&P) hari ini mengesahkan penarafan kredit penerbit jangka panjang Sarawak pada 'A-' dengan prospek stabil.
Dalam satu kenyataan hari ini, S&P berkata ia turut mengesahkan penarafan skala jangka panjang rantau ASEAN untuk Sarawak dalam kategori 'axAA. Mengikut S&P, pengesahan penarafan itu adalah paparan pendiriannya terhadap aspek prestasi belanjawan Sarawak yang amat kukuh serta mudah tunai yang memberangsangkan.
Aspek pengurusan kewangan Sarawak juga memuaskan manakala fleksibiliti belanjawannya secara purata pula mendapata penarafan 'neutral.'
Bersandarkan kepentingan ekonomi dan politiknya, kata S&P, Sarawak turut menikmati sokongan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan. "Kedudukannya amat strategik dalam Persekutuan iaitu menyumbang separuh daripada pengeluaran minyak mentah Malaysia selain menjadi pembekal tunggal gas cecair asli.
"Faktor ini sudah cukup membuktikan kepentingan Sarawak bagi Kerajaan Persekutuan serta mengesahkan lagi unjuran kami bahawa negeri ini mampu berdepan sebarang perubahan politik di peringkat Persekutuan," katanya.
S&P berkata, ia mengesahkan penilaian