1. Penduduk Turki kebanyakannya memanggil Sultan Ahmed I (1603-1617) sebagai Sultan hantu '14' kerana beliau merupakan Sultan yang ke-14 di dalam sejarah Uthmaniyah, menjadi Sultan ketika usianya 14 tahun dan hanya memerintah selama 14 tahun kerana Sultan Ahmed I mangkat ketika usianya 28 tahun.
2. Sultan Mehmed VI (1918-1922) merupakan satu-satunya Sultan Empayar Uthmaniyyah yang memakai cermin mata.
3. Kesemua keturunan Empayar Uthmaniyyah amat membenci golongan Syiah kerana pada zaman Ertugrul, bapa Sultan Osman I (1299-1326) adalah salah seorang askar berpangkat tinggi dalam Empayar Abbasiyyah sehingga kejatuhan empayar itu pada tahun 1258. Bapa Sultan Osman I itu sendiri melalui zaman kejatuhan Empayar Abbasiyyah, akibat dari pengkhianatan terhadap Khalifah. Atas sebab itu, seluruh keturunan Uthmaniyyah di ajar untuk menentang musuh dalam selimut, iaitu golongan Syiah.
4. Hanya Empayar Uthmaniyyah sahaja yang akan menyiasat latar belakang bakal menteri-menterinya, sama ada dengan cara mengekorinya balik ke rumah secara senyap-senyap ataupun pemerhatian ke atas cara percakapan bakal menteri itu dengan orang lain. Tujuannya adalah untuk memastikan bakal menteri itu bukan