Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut kecuali mempunyai simptom Covid-19 seperti selesema atau batuk.
"Saya ingin memberi penekanan di sini sekali lagi, penutup mulut dan hidung adalah untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan ketika mereka berhadapan dengan pesakit.
"Di khalayak ramai, anda tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut melainkan jika anda mempunyai simptom hidung berair atau batuk, jadi tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut, kecuali terdapat petunjuk untuk memakainya," katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang bertanya mengenai pengguna media sosial yang mengadu dilarang masuk kedai runcit dan pasar raya kerana tidak memakai penutup mulut dan hidung.
Sementara itu, Noor Hisham juga mendedahkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah enam lagi hospital untuk dijadikan hospital "hibrid" bagi merawat Covid-19 dan kes kecemasan lain.
KKM juga cuba melibatkan dua lagi hospital universiti dan hospital tentera, katanya.
Selain itu