25
Ahd, Okt
0 ARTIKEL BARU

PUTRAJAYA, 5 Nov (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini untuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes rasuah.

Kereta Toyota Alphard yang membawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut pada 1 tengahari, diiringi empat kenderaan pengiring dan tiga motosikal.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata Musa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 petang ini.

Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Terdahulu SPRM menahan Musa pada pukul 10.05 pagi tadi di ibu pejabat suruhanjaya itu.

-- BERNAMA

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah supaya pasport antarabangsa dikembalikan bagi mendapatkan permit kerja di Sabah.

Hakim Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pasport Shafee dipulangkan sementara berkuatkuasa hari ini sehingga 17 Januari 2019.

Pendakwa raya Afzainizam Abdul Aziz tidak membuat bantahan mengenai permohonan yang dibuat melalui peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Ketika ditemui media selepas itu, Aizuddin berkata

Baca Selanjutnya: Mahkamah pulangkan sementara pasport antarabangsa Shafee

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama): Berikut ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng. 

Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.

  • Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu.
  • Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8
Baca Selanjutnya: Inti pati Belanjawan 2019

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan kerajaan tidak akan tunduk terhadap desakan pemandu teksi yang mahu perkhidmatan syarikat e-hailing yang menggunakan kereta persendirian, khususnya Grab diharamkan.

Menurut beliau, kerajaan peka dengan permasalahan melibatkan pemandu teksi, namun isu itu perlu dilihat dengan lebih menyeluruh, bukan hanya menerusi pandangan pemandu teksi malah perlu dilihat daripada perspektif penumpang.

Katanya kementerian telah merangka formula

Baca Selanjutnya: Kerajaan tak akan tunduk desakan haramkan Grab

TOKYO, 4 Nov (Bernama) – Rundingan lanjut mengenai bon Samurai RM7.4 bilion yang ditawarkan untuk dijamin oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia, dijangka dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya, Shinzo Abe pada Selasa ini.

Dr Mahathir akan melakukan lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun, mulai esok.

Ketika menjelaskan perkara itu, Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris menyifatkan rundingan antara kedua-dua pemimpin

Baca Selanjutnya: Dr Mahathir, Abe bincang butiran bon Samurai Selasa ini

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam usaha memperkukuh jaringan perlindungan kesihatan golongan itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya skim yang akan bermula pada Januari 2019 itu merupakan hasil usaha sama kerajaan dan syarikat insurans swasta. 

Beliau berkata skim itu menyediakan perlindungan percuma bagi empat penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan

Baca Selanjutnya: Dana perlindungan kesihatan bagi golongan B40 bermula tahun depan

 SHAH ALAM - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata,  pemeterian Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), hanya akan merugikan Melayu jika ditandatangani.

Katanya, jika ia dimeterai mungkin akan memberi kesan kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan kita, khususnya Perkara 153.

"Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia

Baca Selanjutnya: ICERD rugikan Melayu

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Consequat curabitur vitae nibh et ut orci senectus quis accumsan sem. Leo sed hendrerit libero nunc mattis vestibulum morbi morbi phasellus morbi. Curabitur congue enim consectetuer massa vivamus lorem at curabitur augue urna. Dolor egestas orci eleifend Sed convallis nullam morbi ut quis tincidunt. Amet sed condimentum fusce nascetur euismod massa venenatis ipsum convallis ut. Id elit eros a dictum.