25
Ahd, Okt
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Pemain industri perlu memainkan peranan bagi mendakap produk pelancong berinovatif supaya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata pengusaha pelancongan mesti bertanya sama ada mereka mempunyai rancangan strategik bagi menarik pelancong ke negara ini dan bersedia menawarkan yang terbaik bagi memenuhi citarasa pelancong dari pelbagai negara.

”Memajukan industri pelancongan di Malaysia merupakan satu perkongsian antara kerajaan dan sektor swasta. Saingan sihat antara satu sama lain juga penting dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbaik,” katanya berucap merasmikan jamuan malam gala Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2018 di Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan, dekat sini, malam tadi.

Beliau menjelaskan pentingnya pengusaha pelancongan menambah nilai dan memberi kelainan kepada tawaran produk masing-masing di samping meningkatkan promosi agar lebih menarik, komprehensif dan berdaya saing.

Beliau menegaskan bahawa dalam era digital ini, Malaysia tidak lagi dapat mempromosikan potensi bidang pelancongan negara menerusi kaedah konvensional.

Baca Selanjutnya: Pemain industri disaran lebih proaktif

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak cuba meraih kesempatan berhubung kenyataan Mubadala bahawa 1MDB sekarang tidak berhutang langsung dengan Mubadala atau International Petroleum Investment Company (IPIC) .

Walau bagaimanapun, hakikat bahawa 1MDB tidak lagi berhutang dengan IPIC adalah kerana syarikat pelaburan Malaysia itu telah menyerahkan berbilion-bilion ringgit kepada firma Abu Dhabi tersebut dalam satu penyelesaian semasa Najib adalah menteri kewangan.

IPIC dan Mubadala adalah

Baca Selanjutnya: Penyelesaian IPIC: Najib tanya 'siapa betul, siapa salah' tapi...

Lebih separuh pinjaman baharu yang dibuat kerajaan sepanjang tahun ini bertujuan membayar hutang sedia ada, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata dari Januari sehingga September 2018, jumlah hutang baharu negara adalah RM87.5 bilion, dan daripada jumlah itu sebanyak RM46.3 bilion digunakan untuk menampung hutang lama yang telah matang.

“Memang sebelum kerajaan bertukar tangan pun sememangnya ini berlaku dari semasa ke semasa apabila ada

Baca Selanjutnya: Lebih separuh hutang baru negara untuk bayar balik hutang sedia ada

JAKARTA, 30 Okt (Bernama) -- Operasi mencari bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang semalam masih gagal ditemui setakat 9 pagi ini.

Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Bambang Suryo Aji berkata sebanyak 19 kapal dan tiga helikopter terlibat dalam operasi itu.

"Setakat pagi ini sebanyak 24 mayat telah ditemukan, selain serpihan-serpihan dipercayai milik pesawat, serta barang-barang milik penumpang," katanya.

Bambang

Baca Selanjutnya: Bangkai Lion Air masih belum ditemui setakat pagi ini

“CUKUP-CUKUPLAH dengan ‘salah Najib’ dan ‘ini semua salah BN’. Akui kelemahan dan kegagalan PH (Pakatan Harapan) sendiri, perbetulkannya dan pimpinlah Malaysia,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri berharap kerajaan berhenti daripada terus mencari kesalahan dirinya dan pentadbiran terdahulu, sebaliknya memberi fokus untuk menyelamatkan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian menerusi status dan video yang dimuat naik di laman sosial Facebook hari ini.

Menerusi klip video

Baca Selanjutnya: 'Cukup-cukuplah salah Najib, pimpinlah Malaysia'

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang kini masih Ahli Parlimen Arau,Perlis pada Rabu tampil adakan sidang akhbar di bangunan Parlimen mengenai isu dakwaan kes cabul seorang pelajar berusia 15 tahun yang menjadi bualan hangat kebelakangan ini.
 
Selain menceritakan apa yang berlaku dalam kejadian pada 20 Oktober lalu yang mengaitkan dirinya beliau menyuarakan rasa pelik isu berkenaan semakin tular sekalipun laporan polis telah ditarik balik oleh keluarga pelajar berkenaan.
 
Beliau yang

Baca Selanjutnya: Shahidan tampil jelaskan isu dakwaan cabul pelajar 15 tahun...

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung kenyataannya tentang isu pendidikan.

Najib merujuk kenyataan Maszlee di parlimen hari ini yang menyifatkan pendidikan di Malaysia "hampir percuma" dan kerajaan akan mengekalkan yuran universiti.

"Apabila ditanya mengenai janji mereka di Dewan Rakyat petang ini, menteri pendidikan menjawab bahawa tiada rancangan untuk pendidikan percuma kerana pendidikan sudah hampir percuma.

"Bukankah itu

Baca Selanjutnya: Najib sindir Maszlee isu pendidikan 'hampir percuma'

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Consequat curabitur vitae nibh et ut orci senectus quis accumsan sem. Leo sed hendrerit libero nunc mattis vestibulum morbi morbi phasellus morbi. Curabitur congue enim consectetuer massa vivamus lorem at curabitur augue urna. Dolor egestas orci eleifend Sed convallis nullam morbi ut quis tincidunt. Amet sed condimentum fusce nascetur euismod massa venenatis ipsum convallis ut. Id elit eros a dictum.