21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

Bom Seberat 226kg Berjaya Dimusnahkan

Wilayah
Typography
mgfupb01UNIT Pemunsah Bom (UPB) Ibupejabat Polis Daerah Kajang telah meletupkan bom zaman jepun yang dijumpai orang awam semalam. Bom seberat 226 kilogram, bersaiz 47 sentimeter panjang dan 43 sentimeter lebar itu jika meletup mampu mengegarkan kawasan sekitar sehingga 1.5 kilometer persegi dan boleh mengakibatkan kerosakan harta benda. Untuk memastikan keselamatan penduduk setempat, pihak UPB dengan berhati-hati mengambil masa kira-kira enam jam untuk mengeluarkan bom yang tertanam dalam tanah dan memusnahkan bom lama yang berusia 62 tahun tersebut dengan melalui dua sesi memusnah bermula jam 3 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang semalam. Mereka menggunakan teknik "low order" dimana pihak UPB terpaksa memotong dan mengeluarkan belerang sebelum diletakan di dalam guni pasir sebelum dimusnahkan. Dengan menggunakan teknik ini, letupan langsung tidak kedengaran dan gegaran juga tidak dirasai dari jarak 1.5 kilometer dimana pihak media berada. Pihak media juga dilarang masuk ke kawasan operasi memusnah untuk membuat liputan sebagai berjaga-jaga. Jesteru, Ketua Polis Daerah Kajang, Assistant Komisioner Ab Rashid Abd Wahab menyeru orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti riadah di sekitar Bukit Hartamas, Cheras sehingga diberitahu bagi memastikan keselamatan dan langkah berjaga-jaga. Beliau juga memohon kerjasama dari orang ramai agar perkara ini dihebahkan kepada rakan-rakan yang lain demi memastikan keselamatan mereka terjamin. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi bilik gerakkan IPD Kajang [email protected] Abdul Hadi untuk mendapatkan maklumat lanjut.