21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

Bayi 3 Bulan Maut Di Taska Permata Bonda,Presint 11

Wilayah
Typography

Berita tragedi Bayi Nur Imna Khalisa 3 Bulan Meninggal Dunia di Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11 : Putrajaya? Kes bayi di Putrajaya sekali lagi? Nampaknya kes taska meragut nyawa kanak-kanak tidak berdosa atas kecuaian yang dilakukan oleh kakitangan taska yang tidak terlatih terus berulang lagi.

Orang mahu buka perniagaan dan bisnes taska, dia pun mahu buka juga. Malangnya, apabila amanah yang telah diberikan tidak pula digalas dengan elok dan penuh bertanggungjawab.

Menurut Ibu mangsa, hasil post mortem di hospital Putrajaya, kes diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa dan masih dalam siasatan polis. Menurutnya lagi, ketika dia tiba untuk mengambil anaknya, anaknya sudah kebiruan dan pengasuh tidak mengetahui anaknya sudah meninggal.

Sebelum ini Taska Permata Bonda ini pernah berlakunya kes dera melibatkan anak seorang bapa yang bernama Encik Azmi apabila anaknya kanak-kanak berumur 10 tahun dilempang tanpa belas kasihan oleh pengasuh Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11 itu sendiri.

Terbaru tahun 2014, berlaku lagi tetapi lebih tragis melibatkan kematian seorang bayi…..