21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

Gempa Bumi 4.4 Skala Richter Di Kudat

Wilayah
Typography

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi yang lemah dengan kekuatan 4.4 pada skala Richter berlaku pada 1.40 tengah hari ini di Pulau Banggi, Kudat dekat sini hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, pusat gempa bumi itu ialah 328km di barat daya Palawan, Filipina dan 60km di timur laut Pitas, Sabah.

Gempa bumi itu idak menimbulkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu.

Pulau Banggi merupakan sebahagian daripada gugusan pulau-pualu yang terletak di dalam Bahagian Kudat dan di luar pantai utara Sabah.