21
Isn, Okt
1 ARTIKEL BARU

Dua Keluarga Mangsa Kebakaran Bakal Terima Rumah Baharu

Wilayah
Typography

ALOR SETAR: Tahun Baharu Maal Hijrah 1436 membawa sinar kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Alor Bangsa, Simpang Kuala kerana bakal menerima rumah baharu tidak lama lagi.

Rumah itu merupakan sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu, yang menelan belanja RM100,000.

Shuib Ismail, 62, berkata selepas rumahnya terbakar beliau dan isterinya, Hasnah Arifin, 59, serta dua anak perempuan mereka berumur 23 dan 30 tahun terpaksa menjadikan surau berhampiran sebagai tempat berteduh.

“Syukur Alhamdulillah, ini hadiah tahun baharu Maal Hijrah kepada keluarga saya. Saya tak sangka dapat bantuan yang bermakna kepada saya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Program Ziarah Asnaf TNB.

Rohani Arifin, 61, pula berkata beliau berterima kasih kepada kepimpinan Umno Bahagian Alor Setar yang bertungkus lumus membantu mendapatkan rumah baharu untuk keluarganya.

Tanpa bantuan pihak terbabit, mereka mungkin terus tinggal di surau itu dalam tempoh agak lama.

Pada 5 Ogos lepas, dua rumah berstruktur kayu dan batu di Kampung Alor Bangsa musnah dalam kebakaran pada kira-kira 2.30 petang, menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

- POST METRO