14
Sab, Dis
0 ARTIKEL BARU

Tambah baik SST tapi rakyat tetap bayar lebih

GST
Typography

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang menambah baik Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) supaya hasilnya akan lebih tinggi daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mendapat pandangan daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Najib dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi Facebooknya memberitahu, penambahbaikan itu bermakna kerajaan PH ada hasrat untuk meminda cukai SST supaya lagi banyak kategori barang atau servis akan dikenakan cukai jualan dan cukai servis.

“Matlamat kerajaan PH adalah jelas iaitu hanya mahukan rakyat membayar lebih cukai dalam bentuk SST berbanding GST.

“Ini tidak penting kerana selama nilai cukai dibayar tidak nampak dalam resit cukai itu tidak telus namun rakyat tetap happy (gembira),” ujar beliau sini.- UTUSAN