26
Rab, Feb
5 ARTIKEL BARU

PETI ADUAN DI RUMAH KETUA KAMPUNG TANGANI ISU PENIAGA RAKUS

GST
Typography
KOTA KINABALU: Kutip aduan secara manual dari Ketua Kampung antara usaha murni yang cuba diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah dalam menangani isu GST atau isu-isu tertentu yang melibatkan kebajikan masyarakat setempat. Pelancaran Peti Aduan di rumah Ketua-Ketua Kampung sekitar Sabah oleh YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, semalam merupakan tindakan drastik kerajaan untuk terus mendampingi serta menjaga kebajikan rakyat agar memahami pelaksanaan GST dan sekali gus mengutip aduan isu-isu semasa yang ingin disampaikan kepada agensi atau jabatan berkenaan. “Objektif projek ini adalah untuk memperluaskan platform dan kaedah menerima aduan daripada pengguna dengan menyediakan peti aduan di kawasan pedalaman. Projek ini turut menggalakkan pengguna membudayakan perlindungan kendiri selain dapat mewujudkan satu kerjasama bersepadu antara KPDNKK dengan pemimpin masyarakat di kawasan ini, katanya. Dalam sidang media, beliau turut menegaskan bahawa projek ini amat penting kepada pengguna bagi memastikan aduan pengguna ditangani segera khususnya kekeliruan yang timbul di kalangan pengguna mengenai GST dan isu-isu lain agar dapat dijawab oleh agensi yang terlibat. Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 1 Jun 2015 dimana ianya melibatkan empat kawasan utama mewakili kriteria kawasan Bandar, Pinggir Bandar dan kawasan Pedalaman. Sebanyak empat kawasan DUN yang terlibat dalam menjayakan projek ini iaitu DUN Tg. Aru, DUN Usukan, DUN Nabawan dan DUN Karambunai. Sebanyak 10 buah rumah Ketua Kampung di DUN Tg. Aru terlibat di dalam pilot projek kali ini , manakala masing-masing sebanyak 38 Buah Rumah Ketua Kampung di DUN Usukan, 15 Buah Rumah Ketua Kampung di DUN Nabawan dan 23 Buah Rumah di DUN Karambunai. Konsep yang digunakan setiap Peti Aduan akan ditempatkan di rumah Ketua Kampung. Pengguna hanya perlu mengisi borang aduan KPDNKK dan memasukkannya ke dalam peti aduan yang berkunci. Pegawai pemantau Harga (PPH) dan Pegawai Penguatkuasa akan megutip borang-borang aduan ini secara berkala dan menyerahkannya kepada Seksyen Kepenggunaan Negeri/Cawangan. Pihak KPDNKK akan merekod aduan ke dalam Buku Aduan dan mengagihkan aduan yang tertentu kepada pihak yang bertanggungjawab. Ini kerana aduan yang disalurkan adalah tidak terhad dan terbuka kepada semua aduan umum. [caption id="attachment_25023" align="aligncenter" width="300"]Jom Lapor - Aduan secara manual di rumah Ketua Kampung diharap dapat tangani isu-isu rakyat dengan lebih berkesan. Jom Lapor - Aduan secara manual di rumah Ketua Kampung diharap dapat tangani isu-isu rakyat dengan lebih berkesan.[/caption]