03
Kha, Dis
0 ARTIKEL BARU

#AJL28 : 'Bahagiamu Deritaku' Rangkul Tempat Pertama Anugerah Juara Lagu ke-28

Hiburan
Typography

Seperti yang dijangka, Hafiz Suip dengan lagunya 'Bahagiamu Deritaku' dinobatkan sebagai Juara AJL ke-28. Hyper Act pula mengejutkan ramai dengan mendapat tempat ke-2 menerusi lagunya 'Hanya Aku'. Manakala tempat-3 juga adalah satu lagi kejutan apabila Altimet dan Awi Rafael menghiburkan penonton di Stadium Putra, Bukit Jalil melalui lagu 'Kalau Aku Kaya'.

Selain itu juga, Hafiz turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Lagu Mobile manakala Jacyln Victor pula berjaya merangkul Vokal Terbaik.

Anugerah Juara Lagu ini sudah menghampiri 3 dekad lamanya adalah sebagai satu simbolik kepada perkembangan industri muzik tanahair. Sekiranya mahu melihat apakah pembawaan trend bagi tahun tersebut, maka AJL adalah satu kesimpulan khusus yang boleh diperhatikan.

Pada tahun ini, AJL dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Scha Alyahya dan AG Hot FM. Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS pula memimpin persembahan.

Tema Game On dilihat satu tema yang sangat dinamik sebab ianya menterjemahkan daya mutu muzik bersama tenaga penggiat muzik dalam memacu industri muzik untuk menjadi lebih relevan pada masa sekarang ini dan selera pendengar yang sentiasa berubah.

Boleh dikatakan semua persembahan finalis begitu beria-ia dan bersungguh-sungguh tampil dengan idea kreatif bagi merealisasikan tema dan konsep Game On.