03
Kha, Dis
0 ARTIKEL BARU

Sam Smith Sahkan Akan Menyanyikan Lagu Tema James Bond, Spectre

Hiburan
Typography

KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa dari United Kingdom (UK), Sam Smith mengesahkan dia akan menyanyikan lagu tema francais filem James Bond terbaharu, Spectre.

Lagu berjudul Writing's On the Wall itu akan dilancarkan pada 25 September ini, sebulan sebelum filem itu ditayangkan di UK.

Smith berkongsi kegembiraan itu dengan para peminatnya di laman Instagram. Dia menyifatkan peluang menyanyikan lagu tema filem berkenaan sebagai satu penghormatan tertinggi dalam kerjayanya.

Dalam temu ramah bersama radio BBC, Smith berkata dia hanya mengambil masa 20 minit untuk mencipta lagu itu, namun gembira apabila penerbit filem Spectre menyukainya.

 

Selain Smith, beberapa nama yang sebelum ini dikaitkan sebagai penyanyi lagu tema filem tersebut adalah Ellie Goulding dan Radiohead. -AA-